7.31.2011

32 Rahsia Israel Yang Patut Anda Tahu



1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

Israel sememangnye jahat dan teruk

7.26.2011

Potong, kisar zakar suami

LOS ANGELES: Seorang wanita California diberkas kerana mencampur dadah ke makanan suaminya sebelum mengikat dan memotong kemaluan lelaki terbabit, kata polis semalam.

Jurucakap polis, Jeff Nightengale, berkata kejadian berlaku kelmarin di Garden Grove, membabitkan Catherine Becker dan suaminya.

Kata Nightengale, pasangan itu dalam proses bercerai.

Selepas suaminya lemah akibat termakan dadah, Catherine mengikat lelaki terbabit ke katil dan memotong kemaluan mangsa sebelum membuang organ itu ke tong pengisar sampah.

Catherine menghubungi talian kecemasan 911 mendakwa ada kes kecemasan di rumahnya, katanya.

Menurut Nightengale, apabila anggota paramedik dan polis tiba, mereka menemui mangsa terikat di katil dengan darah pada kangkangnya.

Katanya, setakat ini polis belum dapat mengetahui jenis dadah atau racun digunakan Catherine, 48, untuk membuat suaminya mengantuk.

Difahamkan, sejurus selepas makan hidangan disediakan Catherine, mangsa mengadu tidak sihat dan minta untuk berbaring sebentar.

Dia kemudian tidak sedarkan diri.

Nightengale berkata, tidak sekadar memotong kemaluan suaminya, Catherine juga menghidupkan pengisar pada tong sampah berkenaan.

Anggota paramedik menemui cebisan kemaluan mangsa di dalam tong itu tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia masih boleh diselamatkan atau tidak.

Kata Nightengale, polis masih menyiasat mengapa Catherine bertindak begitu, tetapi wanita terbabit mendakwa, suaminya memang patut dipotong kemaluannya.

Ketika ini Catherine ditahan polis dan hanya boleh dibebaskan jika mampu membayar ikat jamin sebanyak RM3 juta. Sumber hospital pula berkata, lelaki itu menjalani pembedahan dan keadaannya kritikal, tetapi doktor yakin dia selamat.

Jiran berkata, pasangan itu berkahwin Disember tahun lalu dan tidak memiliki anak.

Bagaimanapun, kata mereka, Catherine dan suaminya kelihatan sangat jarang bercakap. - AFP

Bunuh 2 rakan kerana lampu

HULU SELANGOR: Keengganan menutup lampu bilik untuk tidur mengundang kemarahan seorang lelaki warga Vietnam hingga sanggup menikam dua rakannya hingga mati manakala seorang lagi parah dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 28 tahun berkenaan yang ingin tidur meminta seorang daripada tiga rakannya itu menutup lampu bilik namun tidak diendahkan menyebabkan lelaki itu naik berang lalu berlaku pergaduhan sesama mereka.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya berkata, dalam pergaduhan itu, suspek bertindak di luar kawalan apabila menikam tiga rakannya dengan pisau menyebabkan dua maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.



Menurutnya, mangsa pertama yang berusia 25 tahun maut akibat ditikam di perut manakala mangsa kedua yang berusia 36 tahun pula ditikam di dada dan luka di tapak tangan kiri.


Mangsa ketiga yang berusia 23 tahun turut cedera di tapak tangan kiri dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.


Siasatan awal mendapati semua mereka adalah pekerja sebuah kilang tin di Bukit Sentosa. Dua mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat, katanya.


Norel berkata, selepas menikam rakannya itu, suspek terus melarikan diri, tetapi ditahan polis di kawasan kilang tin tidak lama kemudian dengan keadaan baju berlumuran darah.


Selepas berjaya ditahan, suspek menunjukkan tempat pisau yang digunakan untuk menikam mangsa yang dibuang kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Bapa bayi kesal kenyataan hospital

KOTA BHARU 12 Julai - Keluarga Nur Ayreen Imanie, bayi yang didakwa jari dan tangan kiri menjadi hitam dan mengecut selepas menerima rawatan akibat masalah pernafasan, kesal dengan kenyataan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Datuk Dr. Ghazali Md. Hassan.

Bapa bayi tersebut, Ismail Lee Abdullah, 30, mendakwa, mustahil pihak hospital belum menerima apa-apa laporan mengenai insiden tersebut memandangkan perkara itu sudah lama berlaku dan aduan mengenainya telah pun dibuat.

"Kami sudah buat aduan ini melalui Pegawai Perhubungan Awam (PR) HRPZ II. Malah kami ada datang ke pejabat Pengarah pada April lalu, memang dapat jumpa dia (Pengarah), itupun sekejap kerana alasannya sibuk dengan mesyuarat. Maka kami dilayan oleh PR tersebut," dakwanya semasa dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr. Ghazali kelmarin, bahawa pihak hospital tidak menerima sebarang aduan atau laporan berhubung dakwaan ibu bapa bayi berkenaan daripada kakitangan hospital.

Dr. Ghazali pada masa yang sama meminta bayi terbabit dibawa ke HRPZ II bagi menerima rawatan kerana dalam keadaan sekarang bayi tersebut sepatutnya berada di hospital, bukannya di rumah.

Beliau mengulas laporan mengenai sepasang suami isteri yang terkejut apabila jari dan tangan kiri bayi perempuan mereka berusia enam bulan menjadi hitam dan mengecut selepas menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan di sini.

Mengulas lanjut, Ismail turut tidak berpuas hati dengan pegawai hospital terbabit apabila mengatakan doktor tidak pernah melakukan sebarang kecuaian sebaliknya memberitahu, doktor hanya tersalah cucuk bayi berkenaan.

Dia turut menyangkal dakwaan kononnya anaknya kini tidak mendapat rawatan di hospital sebaliknya hanya berada di rumah.

"Sehingga kini anak saya terus mendapat rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dengan bantuan tenaga pakar di sana. Bukan terbiar macam itu sahaja tanpa rawatan," katanya.

Ditanya kemungkinan dia akan mengambil tindakan undang-undang, Ismail berkata, pihaknya sudahpun membuat perbincangan ke arah itu dan ia akan diputuskan selepas ini. - Utusan

Senarai 55 Penyakit Kritikal Yang Dibenarkan Pengeluaran KWSP

BERIKUT ialah senarai 55 jenis penyakit kritikal yang dibenarkan pengeluaran di bawah Skim Pengeluaran Kesihatan Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa, Jumaat.


1. Anemia Aplastik / Aplastic Anaemia
2. Sindrom Apalik / Appalic Syndrome
3. Penyakit Alzheimer / Alzheimer?s Disease
4. Tumor Otak Benigna / Benign Tumour of the Brain
5. Buta / Blindness
6. Kanser / Cancer
7. Kardiomiopati / Cardiomyopathy
8. Penyakit Hati Kronik / Chronic Liver Disease
9. Penyakit Paru-Paru Kronik / Chronic Lung Disease
10. Koma / Coma
11. Penyakit Arteri Koronari / Coronary Artery Disease
12. Pekak / Deafness
13. Ensefalitis / Encephalitis
14. Hepatitis Virus Fulminan / Fulminant Viral Hepatitis
15. Serangan Penyakit Jantung / Heart Attack
16. Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
17. Kegagalan Buah Pinggang / Kidney Failure
18. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri / Loss of Independent Existence
19. Hilang Kebolehan Bertutur / Loss of Speech
20. Kelecuran Parah / Major Burns
21. Trauma Utama Di Kepala / Major Head Trauma
22. Pemindahan Organ Utama / Major Organ Transplant
23. Penyakit Medulari Sistik / Medullary Cystic Disease
24. Meningitis / Meningitis
25. Penyakit Neuron Motor / Motor Neurone Disease
26. Sklerosis Berganda / Multiple Sclerosis
27. Distrofi Otot / Muscular Dystrophy
28. Kelumpuhan / Paralysis
29. Penyakit Parkinson / Parkinson?s Disease30. Poliomielitis / Poliomyelitis
31. Pulmonari Primer / Primary Pulmonary
32. Strok/Angin Ahmar / Stroke
33. Pembedahan Aorta / Surgery to Aorta
34. Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Nephritis / Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis2
35. Penyakit Membawa Maut / Terminal Illness
36. Hilang Upaya Kekal / Total Permanent Disability
37. Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik Teruk (COPD) / Emfisema / Severe Chronic Obstructive Pulmonary Disease(COPD) / Emphysema
38. Hipertensi Pulmonari Sekunder / Secondary Pulmonary Hypertension
39. Bronkiektasis / Bronchiectasis
40. Fibrosis Paru-paru / Lung fibrosis
41. Apnoea Tidur Obstruktif / Obstructive Sleep Apnoea
42. Penyakit Radang Usus Kronik / Chronic Inflammatory Bowel Disease
43. Kalkuli Ginjal Memerlukan Intervensi Pembedahan / Bilateral Renal Calculi Requiring Surgical Intervention
44. Abnormaliti Urinari Kongenital Memerlukan Intervensi Pembedahan Segera dan Major / Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
45. Sklerosis Sistemik Dengan Hipertensi Pulmonari / Systemic Sclerosis with Pulmonary Hypertension
46. Limfoma / Lymphoma
47. Talesemia Major Memerlukan Agen Pengkelat / Thalassaemia Major Requiring Chelating Agent
48. Pemindahan Sel Stem Hematopoetik / Hematopoetic Stem Cell Transplantation
49. Sindrom Imuno-defisiensi Perolehan (AIDS) / Acquired Immuno-deficiency Syndrome (AIDS)


Senarai 3 Jenis Penyakit Mental
50. Skizofrenia / Schizophrenia
51. Mood Bipolar / Bipolar mood
52. Kemurungan Major / Major depression


Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli/keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun
53. Lelah/asma yang teruk / Severe Asthma
54. Leukimia / Leukaemia
55. Kecacatan intelektual disebabkan kemalangan atau penyakit / Intellectual Impairment Due to Accident or Sickness

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato? Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami degil tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat.

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman,Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan

Andainya lelaki tahu....

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.



Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.



Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan i love u,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.



Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.



Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

tolong tinggalkan saya!,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.



Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.



Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.



Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak-anak anda.

Meramal Dengan Meraba ****** (Nyata)

Hentikan meramal masa depan Anda dengan membaca garis telapak tangan. Seorang supranatural Jerman sesumbar, dirinya mampu membaca nasib orang dengan menyentuh bokong telanjang mereka.

Sang paranormal, Clairvoyant Ulf Buck (39), mengatakan bagian belakang tubuh seseorang ternyata memiliki garis-garis tertentu, menyerupai garis tangan yang biasa digunakan para peramal untuk mengetahui karakter dan nasib seseorang.

http://http://img709.imageshack.us/i...88/ulfbuck.jpg

Bokong merupakan bagian tubuh tempat garis nasib sangat jelas terlihat. Bahkan, berdasar pengalaman saya, garis di wilayah tersebut lebih ekspresif daripada garis tangan, katanya kepada Reuters. Garis ini juga akan terus berubah, sejalan dengan bertambahnya umur.

Dengan meraba garis-garis di bokong kliennya, Buck mengaku dapat menebak tingkat kemakmuran, kehidupan rumah tangga, kesehatan, dan kebahagian seseorang pada masa depan.
Menurutnya, garis yang mewakili kesuksesan, karier, dan rasa seni seseorang, adalah garis-garis dari atas ****** yang mengarah ke bagian dalam. Sementara lima garis lainnya, mengarah keluar.

Pada awalnya meramal dengan meraba garis ****** hanya saya lakukan di lingkup kecil.

Namun kemudian lingkupnya semakin besar, katanya. Saya bukan orang sinting pada abad ini. Saya menangani pelanggan saya dengan kepedulian tinggi dan kehati-hatian.?

Buck, yang tinggal di bagian utara Desa Meldorf di Hamburg timurlaut, mengatakan beragam orang telah mendatanginya. Mereka meminta diramal dengan metode ramal garis ****** tersebut.
Dia menganggap kebutaannya sebagai modal besar. Paling tidak, dengan kondisinya itu para pelanggan tidak takut identitas mereka terbongkar. Dia mengalami kebutaan sejak umur tiga tahun.

Bukan Iseng

Semua jenis orang datang. Dari pembantu rumah tangga, sekretaris, sampai tokoh terpandang. Bagi mereka, kebutaan saya merupakan anugerah karena saya dapat melakukan ramal bokong tanpa dapat mengenali mereka di lain waktu, tambahnya.

Walau mengaku dibutuhkan waktu bertahun-tahun untuk melatih jari-jarinya, dia mengatakan seorang peramal ****** amatir akan dengan cepat mampu mengetahui kepribadian seseorang.
****** yang berbentuk buah apel menunjukkan pemiliknya orang yang berkharisma, dinamis, percaya diri, dan kreatif. Pokoknya, seseorang yang sangat menikmati hidup, tegasnya.
Sementara orang yang pantatnya berbentuk buah pir adalah orang yang setia, sabar, dan bersahaja.

Dia dengan tegas menyangkal dugaan orang bahwa ramal ****** yang dilakukannya mungkin didasari oleh alasan lain, bukan cuma hasrat untuk membantu seseorang mengetahui masa depan mereka.
Saya tidak meraba ****** untuk tujuan kenikmatan. Istri saya sudah cukup cantik, kilahnya, dengan bangga.

Buck menolak membicarakan kesuksesannya. Namun dia mengatakan pernah dengan tepat meramal, seorang aktris opera sabun suatu saat akan menulis buku. Ramalannya itu tidak meleset.

Dia juga mengatakan, selama dua tahun terakhir ini keahliannya dimanfaatkan oleh seorang pialang saham.
?Seorang pialang saham tidak akan meminta pendapat seorang paranormal buta untuk meramal harga saham, jika mereka tidak percaya pada apa yang saya lakukan, katanya.

Tiang masjid panas seperti bara



JAMBI - Satu peristiwa aneh berlaku di sebuah perkampungan di tengah Sumatera apabila tiang sebuah masjid dilaporkan tiba-tiba menjadi panas seperti bara api sehingga boleh membakar tangan orang yang menyentuhnya.

Kejadian itu berlaku di Masjid Jamik Nurul Ikhwah di Kampung Koto Tengah di daerah Kerinci, Jambi.

Ketua Jabatan Hubungan Masyarakat Daerah Kerinci, Julizarman berkata, satu daripada tiang masjid itu menjadi panas seperti bara api secara tiba-tiba dan telah mengarahkan orang untuk memeriksanya.

Menurutnya, kejadian aneh itu mula disedari oleh petugas masjid, Rahimi yang ketika itu sedang membersihkan masjid menjelang solat maghrib, Ahad lalu.

"Rahimi tiba-tiba menjerit ketika tapak kakinya memijak lantai masjid berhampiran tiang yang panas itu," kata Julizarman kepada Antara.

Menurut penduduk kampung, pada awalnya hanya lantai berhampiran tiang itu yang panas, tetapi hari demi hari, panas itu merebak ke satu tiang masjid, sekali gus mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk.

Julizarman berkata, mereka mengesyaki tiang masjid itu menjadi panas disebabkan pengeluaran wap panas bumi dari tanah ekoran pergerakan gunung berapi Kerinci yang terletak berdekatan dengan masjid itu.

"Apa pun kita tunggu keputusan penyelidikan yang dilakukan oleh Jabatan Tenaga Sumber Daya Mineral (ESDM), Kerinci," ujarnya. - AGENSI

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_08.htm

Tolak nasihat minum air 8 gelas

LONDON 14 Julai Pakar kesihatan sering meminta semua orang supaya minum lapan gelas air sehari bagi menjaga kesihatan, namun seorang doktor Britain menolak nasihat itu dan menganggapnya sebagai tidak berasas.

Pakar kesihatan menyatakan tindakan tersebut akan membantu dalam membuang toksin dalam badan, selain ia baik untuk kesihatan dan memastikan kulit sihat.

Seorang doktor di Glasgow, Margaret McCartney pula berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan dengan minum sebanyak lapan gelas air sehari dapat menyokong dakwaan tersebut.

Dakwaan minum air dalam jumlah itu tidak masuk akal.

Tiada bukti menyokong bahawa minum lapan gelas air sehari dapat membantu mencegah dehidrasi, katanya dalam artikel pendapat dalam Jurnal Perubatan Britain.

Beliau berkata, beberapa penyelidikan menunjukkan tiada faedah jelas minum air dalam jumlah berkenaan.

Tindakan minum air ketika tidak dahaga boleh mengganggu daya penumpuan berbanding meningkatkan daya itu.

Tambahan lagi, bukti mencadangkan bahan kimia digunakan untuk menyahjangkitan kuman dalam air yang dibotolkan tidak baik untuk kesihatan, ujarnya.

Nasihat minum air sebanyak 1.2 liter sehari turut diberikan oleh doktor-doktor terkemuka, pakar pemakanan dan pihak-pihak berkepentingan termasuk syarikat air seperti Evian, Volvic dan Buxton.

Namun, terdapat juga kebaikan dengan minum lapas gelas air sehari iaitu mencegah sakit kepala akibat dehidrasi, melembapkan kulit, membantu kesihatan kuku dan mengurangkan nafsu makan. Agensi

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_04.htm

Nota murid bongkar rahsia cikgu


salinan gambar menunjukkan kelakuan
buruk seorang guru di Batu Caves, Selangor.

KUALA LUMPUR,Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut. Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. ?Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu, katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain, katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa.

Pekerja dibayar bonus RM208,079 seorang


SEBUAH kedai rangkaian sukan Sports Direct yang terdapat di Britain.

LONDON,Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal mendapat bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham, lapor sebuah akhbar semalam. Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.

Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.

Kira-kira 29 tahun kemudian, dia menguasai perniagaan runcit sukan di United Kingdom. Bonus itu layak diterima oleh pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun, kakitangan kedai itu perlu menunggu sehingga Julai tahun depan jika mahu menebus saham tersebut. Kedai peruncitan Sports Direct kini merupakan syarikat senaraian awam di bursa saham dengan pendapatan tahunan AS$2.41 bilion (RM6.31 bilion) manakala Ashley memegang 71 peratus saham menjadikannya salah seorang lelaki paling kaya di Britain. Ashley juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United. Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_01.htm

Hidangan sup anjing untuk sejukkan badan

SEOUL: Khamis mungkin bukan hari yang baik untuk menjadi anjing di Korea Selatan. Ini kerana ia antara tiga hari paling panas menurut kalendar Korea dan sup anjing adalah antara cara untuk mengatasi suhu panas.

Mereka yang berusaha melindungi tubuh daripada panas memakan makanan tradisional seperti sup ayam ginseng, belut dan bo- shin-tang? yang mengandungi daging anjing yang direbus dengan sayur serta rempah-ratus.
Anjing dipelihara di Korea Selatan untuk dimakan dan peminat berkata, bo-shin- tang amat baik untuk kesihatan.

Sebahagian orang menganggapnya makanan istimewa.


Saya makan sup anjing kerana ia meningkatkan tenaga saya, meskipun ketika saya keletihan,? kata Shin Gwan-sup, 56, di sebuah restoran anjing. - Reuters

sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Jin punca rumah terbiar

MAKKAH: Terdapat khabar angin yang tersebar dengan meluas di kalangan penduduk Makkah mengatakan gangguan jin menjadi punca banyak bangunan dan kawasan perumahan ditinggalkan pemiliknya.

Menurut khabar angin, penduduk bangunan berkenaan yang terletak di beberapa daerah di bandar suci terbabit, terutama di pinggir bandar mengatakan mereka membatalkan hasrat menduduki kediaman itu selepas kuasa ghaib mengganggu mereka. Namun, terdapat pendapat berbeza di kalangan penduduk setempat. Kebanyakan mereka mengesahkan kehadiran sesuatu yang misteri di bangunan berkenaan. Keadaan ini mendorong sebilangan pemilik menjual hartanah mereka pada harga rendah. Terdapat juga laporan mengatakan sesetengah ejen hartanah menjadi dalang kepada khabar angin itu.


Penduduk, Muhammad Bazaid berkata, mudah untuk mengenal pasti bangunan terbiar yang sudah dihuni kuasa ghaib.

Sesetengah bangunan dan hartanah di bandar raya ini dikenali dihuni jin. Penduduk sering mengatakan demikian, katanya yang mendakwa keadaan itu dieksploitasi sesetengah ejen hartanah. Mereka yang menyebarkan khabar angin itu dan meletakkan harga rendah pada hartanah itu. Kemudian mereka cuba membelinya pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran,? katanya.


Seorang lagi penduduk, Majdi Habeeb memberitahu Arab News terdapat beberapa bangunan dan rumah tinggal di bandar raya ini selepas penghuni mendakwa diganggu jin.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin

HULU LANGAT 17 Julai - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati isterinya menjadi mangsa rogol seorang remaja berusia 19 tahun di butik pengantin milik mereka di Taman Rinching, Kajang dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika suami mangsa dikatakan baru memasuki butik pengantin tersebut selepas membuka pintu yang dikunci dari dalam oleh suspek.
Bagaimanapun, tanpa diduga suami mangsa melihat suspek sedang menindih isterinya yang dalam keadaan bogel dalam butik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan untuk menempah pakaian pengantin di butik mangsa.
"Suspek kemudian bertindak mengunci pintu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa yang berusia 29 tahun itu.
"Mangsa yang dalam ketakutan diarahkan supaya menanggal pakaian sebelum suspek bertindak merogolnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Tambahnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan suspek tersebut kemudian bertindak menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Katanya, suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...h&pg=je_01.htm

Perompak akhirnya jadi hamba seks

MOSCOW: Seorang lelaki Russia yang cuba merompak sebuah salon dandanan rambut, menerima padah apabila pemiliknya, seorang wanita yang memiliki tali pinggang hitam karate, membelasahnya sehingga pengsan sebelum diikat dalam keadaan bogel dan dijadikan hamba seks selama tiga hari.
Akhbar Daily Mirror melaporkan, Viktor Jasinski, 32, pergi ke salon dandanan rambut di Meshchovsk, 218 kilometer dari Moscow itu sambil membawa pistol dengan tujuan untuk merompak.

Ketika cuba mendapatkan wang kutipan harian di salon terbabit pemiliknya, Olga Zajac, 28, menendang dan membelasah Jasinski sehingga pengsan.

Zajac mengheret Jasinski ke sebuah bilik di belakang salon itu dan mengikatnya pada tangki menyimpan air dengan menggunakan wayar pengering rambut.

Beliau kemudian membogelkan Jasinski dan menjadikan lelaki itu sebagai hamba seksnya selama tiga hari dengan tujuan ?memberi pengajaran.

Zajac bagaimanapun membebaskan Jasinski tiga hari kemudian dan mengusirnya. Jasinski pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada kemaluannya yang membengkak sebelum membuat laporan polis.

Jasinski berkata sepanjang tempoh dikurung dia tidak diberi makan atau minuman, sebaliknya hanya dipaksa menelan pil viagra.

Ketika disoal polis, Zajac mengakui mereka mengadakan hubungan seks beberapa kali tetapi menafikan tidak memberi Jasinski makan.

Dia sungguh jahat. Ya kami melakukan hubungan seks beberapa kali. Saya membelikan dia seluar jeans baru, memberi dia makanan, malah saya juga memberinya 1,000 rouble (RM150),katanya. Agensi

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...baseks/Article

Manfaatkan ledakan IPv6

Dunia Internet jika tanpa Internet Protokol (IP) sama saja seperti telefon tanpa nombor. Ia tidak boleh digunakan.

Kini dunia Internet menggunakan IP versi 4 (IPv4) sebagai asas kepada semua alamat di Internet.
Mungkin tidak ramai yang tahu apakah keperluan IP dalam rangkaian Internet.

IP boleh dikatakan alamat yang perlu ada pada setiap komputer yang disambung ke Internet. Tanpa IP, Internet tidak dapat disambungkan.

Buat masa ini masyarakat dunia menggunakan IPv4 yang semakin pupus bilangannya memandangkan ledakan populasi pengguna yang drastik.

IPv4 menggunakan 32 alamat atau 4.2 bilion tetapi populasi dunia adalah 6.5 bilion.

Justeru IPv6 128 bit alamat dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengguna Internet bagi komputer, telefon mudah alih, pembantu digital peribadi (PDA) mahu pun robot di seluruh dunia.

"Justeru pengguna seluruh dunia perlu berhijrah kepada IPv6 jika mahu terus berkomunikasi menggunakan Internet," kata Pengarah Pusat IPv6 Termaju Kebangsaan (NAV6), Prof Dr. Sureswaran Ramadass.

Beliau mengingatkan organisasi rangkaian perniagaan dan kerajaan perlu bersedia bagi Internet generasi akan datang dan melatih kakitangan mereka bagi memastikan kelancaran penghijrahan IPv4 kepada IPv6 versi terkini.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar sempena Persidangan Serantau IPv6 2011 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 Julai ini.

Persidangan berkenaan dijangka dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Persidangan dua hari termasuk bengkel dan diadakan khusus bagi menjana perniagaan dan agensi kerajaan di rantau ini bagi mengambil langkah berhijrah dari IPv4 kepada IPv6 bagi mengekalkan sambungan Internet.

Persidangan Serantau yang membawa tema Internet Generasi Akan Datang merupakan sebahagian daripada Forum IPv6 yang sedang berlangsung di seluruh dunia.

Dr. Sureswaran menegaskan organisasi negara ini perlu mengambil perhatian mengenai IPv6 memandangkan Internet Assigned Numbers Authority (IANA - www.iana.org) telah mengenalpasti blok alamat terakhir IP daripada kolam alamat berpusat IPv4 sedunia.

Sementera itu Presiden Forum IPv6, Latif Ladid pula akan membincangkan mengenai Penghijrahan daripada Telecom Internet kepada Internet Dua Hala berasaskan IPv6.

Persidangan berkenaan dijangka membincangkan peralihan IPv6 dan Keselamatan IPv6 pada hari kedua dan ketiga persidangan yang bertujuan membawa negara ke arah peralihan daripada IPv4 kepada generasi terkini IPv6.

Sementara itu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IS-Seraya-AVS Sdn. Bhd, Datuk Khairul Anuar Akhiruddin berkata, pihaknya serius dalam mengetuai kerja mempromosi IPv6 di negara ini memandangkan badan kerajaan dan perniagaan perlu memahami kepentingan peralihan IPv4 ke IPv6 kepada organisasi dan perniagaan di masa akan datang.

IS-Seraya-AVS merupakan badan latihan bertauliah yang dilantik oleh NAV6 yang menganjurkan Persidangan Serantau IPv6 2011.

Persidangan berkenaan menerima sokongan padu daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, NAV6, CyberSecurity Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Kementerian terbabit merupakan satu daripada dua buah buah agensi kerajaan yang telah beralih daripada IPv4 kepada IPv6.

Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas pergerakan IPv6 manakala USM menerusi NAV6 memainkan peranan penting dalam melatih jurutera rangkaian IPv6 seluruh dunia.

Sehingga kini terdapat lebih kurang 3,000 jurutera IPv6 seluruh dunia telah dilatih di negara ini dan 1,000 daripadanya merupakan rakyat negara ini.

Modul latihan yang dihasilkan sendiri oleh saintis USM telah digunapakai oleh badan-badan antarabangsa dan digunakan seluruh dunia.

Di negara ini hanya IS-Seraya-AVS yang merupakan satu-satunya pusat latihan pertama dan bertauliah bagi IPv6.

Mereka yang berminat menghadiri persidangan selama tiga hari ini boleh melayari laman sesawang http://www.ipv6my.com.

Buaya berusia 70 Juta tahun dijumpai





MINAS GERAIS, Brazil 26 Julai - Sejenis spesies buaya berusia 70 juta tahun bergigi besar dan mempunyai kepala seperti anjing telah dikenalpasti di sebuah pekan kecil di Brazil.

Fosil Pissarrachampsa sera yang dipercayai saintis memakan dinosaur, ditemui di dalam mendapan batu kapur di Minas Gerais oleh pekerja perbandaran.

Ketua penyelidikan, Hans Larsson dari Universiti McGill, Quebeck berkata, buaya darat yang mempunyai kepala pelik itu mendedahkan banyak tentang buaya baka Baurusuchia yang telah pupus itu.

"Buaya amfibia zaman moden mempunyai kepala yang rendah dan leper.

"Penemuan terbaru ini memberikan kita maklumat yang lebih mendalam tentang anatomi kepala baka kumpulan Baurusuchia yang pelik dan telah pupus itu," katanya.

Tambah Larsson, berdasarkan kajian mereka, ekologi baka spesies buaya tersebut berkemungkinan sama seperti anjing liar zaman sekarang.

Berdasarkan bilangan dan saiz gigi yang ditemui, pasukan penyelidik percayai buaya karnivor itu memakan haiwan bersaiz sepertinya antara 15 kaki hingga 20 kaki - dinosaur dan buaya-buaya lain.

Mereka dipercayai mempunyai penglihatan stereoskopik yang mampu mengesan mangsa dan tidak berebut seperti buaya hari ini. - Agensi

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_08.htm

Budak lelaki dengan 34 jari




NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki.

Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India.

Akshat yang dilahirkan tanpa mempunyai ibu jari menyebabkan doktor kini cuba untuk menggunakan jari yang sudah dipotong bagi menggantikan ibu jari tersebut.

"Saya amat gembira melihat anak saya buat pertama kali kerana dia merupakan cahaya mata pertama kami," kata ibunya, Amrita Saxenakata.

"Saya kemudian terkejut melihat jari-jarinya yang banyak," tambah wanita itu.

Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet.

Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Kanak-kanak China itu yang namanya enggan didedahkan keluarganya turut menjalani pembedahan untuk membuang baki jarinya.

Dia kini mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki selepas menjalani pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning pada Mac lalu.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_09.htm

FBI tahan 16 penggodam 'Anonymous'

WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menahan 16 penjenayah siber termasuk 14 yang didapati melakukan penggodaman ke atas laman web PayPal yang dipercayai perbuatan kumpulan 'Anonymous'.

Jabatan Keadilan Amerika berkata, 14 penggodam berkenaan didapati menyerang perkhidmatan (DDoS) internet ke atas PayPal apabila PayPal menutup akaun derma bagi WikiLeaks.

Suspek penggodam Paypal ditahan di beberapa tempat di Alabama, Arizona, California, Colorado, Washington DC, Florida, Massachusetts, Nevada, New Mexico dan Ohio, kata pegawai Amerika Syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Agen FBI dilaporkan mengadakan 35 serbuan di seluruh Amerika bagi mematahkan kegiatan serangan siber terancang membabitkan syarikat dan pertubuhan besar itu.

Anonymous, satu kumpulan penggodam antarabangsa melancarkan beberapa siri serangan ke atas laman web yang berkaitan dengan pertubuhan gereja dikenali Church of Scientology.

Bulan lalu, Anonymous mensabotaj laman web kerajaan Turki sebagai memprotes tindakan kerajaan negara itu menapis internet. - AFP

20 info pelik tentang binatang

1) Tiram boleh bertukar jantina.

2) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

3) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

4) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung

5) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan

6) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir

7) Lembu adalah haiwan yang buta warna

8) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

9) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

10) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

11) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

12) Lintah bulan mempunyai 4 hidung

13) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

14) Buaya tidak boleh mengundur.

15) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

16) Kutu dapat meloncat setinggi 30 cm, 200 kali dari ukuran tubuhnya

17) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

18) Semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

19) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

20) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

Keajaiban Allah Di 2nd Link JB-Singapore




Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram? Jakim

PUTRAJAYA 22 Julai,Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram,kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),Othman Mustapha.

Justeru itu katanya,Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok,katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan,Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),pada tahun ini,lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. Bernama

Nelayan beri salam lepas terserempak buaya

SARATOK: Selepas memberi ?salam?, buaya yang mempunyai sepasang mata sebesar bola tenis itu terus beredar meninggalkan saya,kata seorang nelayan yang pernah bertembung dengan seekor buaya ketika memasang pukat di Sungai Sebelak, kira-kira dua bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Ibrahim Sebeli, 52, turun berseorangan untuk memasang pukat di sungai berkenaan yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya di Kampung Emplam, di sini.


Menurut Ibrahim yang sudah 30 tahun menjadi nelayan, buaya itu dikatakan muncul pada jarak kira-kira empat meter di depannya ketika memasang pukat untuk menangkap udang. Ketika itu saya terasa seperti ada sesuatu yang besar muncul secara perlahan-lahan di permukaan air dan bagi mendapatkan kepastian kehadiran objek itu, saya menyuluh menggunakan lampu dan ketika itulah ternampak sepasang mata merah sebesar bola tenis di depan saya.

Menyedari objek itu buaya, saya menenangkan diri dan tidak melakukan pergerakan dan bersyukur reptilia itu tidak menyerang selepas memberi salam serta memujuknya supaya tidak mengganggu saya,katanya ketika ditemui.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Sosej Ba.bi Halal?



BUKTI...sosej dipercayai dibuat daripada Ba.bi tertera logo halal Jakim.
KUALA LUMPUR: ?Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ?chorizo? merujuk kepada sosej diperbuat daripada Ba.bi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada Ba.bi di sebuah pasar raya, di sini.

Semakan Harian Metro mengenai perkataan chorizo? di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej chorizo? itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging , Ba.bi tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.

Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,? katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/So...halal_/Article

Jantina ditentu ketika lahir - Ashraf nak jadi Aleesha



KUALA TERENGGANU: Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.?

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.

Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,? katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.

Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

source : kosmo online

Makhluk ganjil ditangkap di China



MAKHLUK ganjil bermata besar, berkepala botak dan kurus ditangkap oleh seorang suri rumah, Mao Xiping di Kampung Gezhai, wilayah Henan, China baru-baru ini.

BEIJING - Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_06.htm

Main permainan video sambil buang air kecil

TOKYO: Sebuah syarikat pereka mainan video Jepun, Sega, melangkah satu tapak ke depan apabila memasang permainan yang dikawal oleh air kencing di tandas di Tokyo.

Empat jenis permainan ?Toylets? boleh didapati sepanjang tempoh ujian di empat tandas lelaki di pub dan arkid permainan menerusi projek untuk menarik perhatian kepada pada iklan digital.

Setiap mangkuk tandas membuang air kecil dipasang dengan pengesan tekanan dan sebuah panel digital ditempatkan pada paras mata. Iklan digital ditayangkan selepas permainan itu.

Antara permainan ialah ?Graffiti Eraser? (Pemadam Grafiti) yang memerlukan pengguna menghalakan pancutan air kencing mereka pada pengesan tekanan dalam mangkuk tandas untuk memadamkan lukisan grafiti yang dipamerkan. - AFP

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Kotak rokok imej lebih ngeri



PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.

Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.

"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.

Sukar wuduk, solat dalam dunia hiburan

AMPANG: Biarpun Penasihat Pertubuhan Belia Islam Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi menyarankan supaya Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32 , terus membabitkan diri dalam dunia hiburan berlandaskan syiar Islam, saranan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian Waheeda untuk muncul semula.

Malah, Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi ?sebab-sebab tertentu? menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.

Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang ?merimaskan? memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.

Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.

Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy.

Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.

Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.

Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan.

Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.

Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!? katanya sambil menitiskan air mata.

Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.

Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT,? katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai.

Waheeda ketika diajukan soalan mengenai kehidupannya, berkata dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa selain turut menghasilkan lagu untuk suaminya.

Sepanjang berada di rumah saya menghabiskan masa mengkaji al-Quran dan Bible dan membaca karya pendakwah, Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat,? katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

10 Kata Terpanjang Dalam Kosakata Bahasa Inggeris

Berikut ini adalah 10 Kata terpanjang dalam kosakata bahasa Inggris yang membuatkan pembaca malas untuk membacanya..hehe.

10. Otorhinolaryngological (22 huruf)
Cabang ilmu kedoktoran yang berkaitan dengan pengubatan gangguan kepala, leher, telinga, tengkorak dan hidung.

9. Thyroparathyroidectomized (25 huruf)
Proses pemotongan kelenjar paratiroid Tiroid.

8. Radioimmunoelectrophoresis (26 huruf)
Elektroforesis untuk antigen terpisah dan antibodi dengan menggunakan antigen atau antibodi berlabel dengan radioisotop.

7. Honorificabilitudinitatibus (27 huruf)
Ini adalah kata terpanjang yang pernah diterapkan oleh Shakespeare yang bererti "Negara yang mampu mencapai kehormatan".

6. Antidisestablishmentarianism (28 huruf)
Berkembang pada 1838 di Inggeris, ertinya proposal pengajuan dari kelompok oposisi yang menolak pembentukan gereja Anglican

5. Floccinaucinihilipilification (29 huruf)
Proses menentukan sesuatu yang benar-benar berharga.

4. Pseudopseudohypoparathyroidism (30 huruf)
Sebuah gangguan genetik yang berhubungan dengan tetanus dan kejang.

3. Supercalifragilisticexpialidocious (34 huruf)
Sesuatu untuk mengatakan ketika Anda tidak mengatakan sesuatu.

2. Hepaticocholangiocholecystenterostomies (39 huruf)
Sebuah operasi pembuatan sambungan antara kandung hempedu dan saluran hati dan/atau antara usus dan kandung hempedu.

1. Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis (45 huruf)
Penyakit paru paru yang disebabkan kerana menghirup debu silika kristalin.

dalam banyak banyak kata terpanjang diatas,ilmu kedoktoran paling
banyak menggunakan perkataan yang paling panjang.sungguhamatrumitsekali.

Mahu hapus Islam di Eropah

SUNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.

Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.


Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.

Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ?terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu? dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi.

Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.

Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).

Dalam satu tulisan, dia menulis: ?Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. ?Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.

Rakaman video 12 minit yang bergelar Knights Templar 2083? turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.

Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.

Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.

Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.

Dalam teks bertajuk Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.

Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi, tulisnya.

Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas.

Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga.

Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu.

Dia berkata: Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.

Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Air terjun bergerak ke udara



SYDNEY - Satu kejadian ganjil berlaku di Sydney apabila air terjun didapati bergerak ke udara akibat tiupan angin yang kuat pada minggu lalu.
Kejadian yang ganjil itu berjaya dirakamkan menerusi kamera dan ia kemudian disiarkan di You Tube.
Air terjun itu tidak turun dari kawasan tinggi seperti kebiasaan.
Apa yang terjadi ialah air terjun itu dipaksa angin bergerak ke udara.
Kejadian itu berlaku akibat tiupan angin kencang yang melanda kawasan air terjun tersebut sehingga mencecah 120 kilometer sejam.
Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita.
"Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan," katanya. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_08.htm

6 tips kempiskan perut

Masalah perut buncit, menggeleber agak kritikal, terutamanya selepas bersalin... amalkan panduan berikut untuk mengempiskan perut anda.. tanpa perlu belanja mahal.... 1. Betulkan postur badan anda.

1. Ketika berdiri tegak, selarikan telinga, bahu, punggung, lutut dan tumit. Buka dada dan hela bahu ke belakang, bayangkan bahu anda seperti penyangkut baju. Perut kempis dengan merapatkan pusat dengan tulang belakang. Pastikan berat badan disokong rata oleh tumit dan keseluruhan tapak kaki.

2. Bersenam, tetapi jangan hanya fokus kepada bahagian tertentu (seperti perut). Pakar mengesyorkan Pilates kerana fokusnya meliputi perut, lengan, kaki, belakang, paha dan pinggul.

3. Lihat apa yang anda makan, bagaimana dengan penghadaman. Kurangkan makan dan banyakkan bergerak. Lebih kalori perlu bakar daripada yang diambil.

4. Kasut? Keahlian jim? Tak perlu.
Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan, atau semasa berdiri di keramaian... tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang.

5. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Perlahan-lahan... tetapi istiqamah.

6. Tetapkan matlamat yang munasabah
Genetik juga mainkan peranan. Jika ibu bapa anda berbadan besar, hampir mustahil untuk anda mendapat badan seperti supermodel. Tapi setidak-tidaknya anda tidak tergolong dalam golongan 3G.

The Human Brain tricks us whenever it can...

The phenomenal power of the human mind

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg The phaonmneal pweor of the hmuan mnid! Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer inwaht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh, and I awlyas thought slpeling was ipmorantt.

NOTE:read this somewhere and I just had to pass it around. I do not know the origins of the text

Aksi 'Tayangan Perdana'Pelajar



KUALA TERENGGANU - Belum pun reda isu rakaman klip video aksi panas membabitkan pelajar, kes seumpama itu dikesan berlaku pula di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Dungun, di sini.
Klip video berjudul 'Tayangan Perdana' itu menggemparkan pelajar sekolah tersebut kerana melibatkan seorang pelajar perempuan yang selama ini dianggap berakhlak.
Paling mengejutkan, aksi ghairah itu dirakam oleh seorang remaja lelaki menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah kelas kosong di sekolah itu.
Turut mendukacitakan, aksi tersebut berlaku dalam keadaan pelajar perempuan belasan tahun itu berpakaian sekolah lengkap dengan lencana.
Wartawan Kosmo! yang meneliti klip video itu mendapati ketika rakaman, kedengaran suara seorang remaja lelaki mengarahkan pelajar perempuan melakukan aksi-aksi ghairah.
Aksi panas yang baru mahu bermula itu bagaimanapun tidak berterusan apabila pelajar perempuan itu mengesahkan kepada pasangannya bahawa dia 'uzur'.
Seorang peneroka Felda yang hanya mahu dikenali sebagai Kasiman, 46, berkata, rakaman klip video lebih dua minit itu dipercayai dibuat baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, klip video itu dipercayai beredar dan menjadi sebutan di kalangan orang ramai di tanah rancangan berkenaan kira-kira seminggu lalu.
"Klip itu kemudiannya dikatakan jatuh ke tangan peneroka Felda lalu tersebar dengan begitu pantas hingga dalam tempoh 24 jam saja ramai orang tahu.

70 Dosa-Dosa Besar

1. Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram
29.Bunuh Diri
30.Berbohong
31.Hakim yang Tidak adil
32.Rasuah
33.Wanita yang menyerupai Lelaki
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain
43.Menabur Fitnah
44.Mengutuk Umat Islam
45.Mengingkari Janji
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami
48.Gambar pada Baju
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup
60.Berdebat dan Bermusuh
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

pokok yahudi / Gharqad / boxthorn





Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di
sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada
Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini
menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat.
Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang
dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat
membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka
berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan
diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera
Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu
pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu
pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang
Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara
berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi
tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi
sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran
hadis nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan
mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi
umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya
tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok
Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus
dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat
menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang
pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia
tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Risiko Kasut Tumit Tinggi

Kaki seringkali diibaratkan seperti akar daripada sebatang pokok. Bila akarnya rosak yang selam ini menjadi tunjang, lama kelamaan pokok itu akan mati. Sama jugalah seperti kita, yang masalahnya bermula daripada kaki seterusnya menjalar hingga ke atas.

Kaki yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita. Berkasut tumit tinggi juga menjadi kegemaran kebanyakan wanita yang mahu dirinya di lihat anggun, bergaya juga sofistikated. Ada sesetengah berpendapat pula dengan berkasut tumit tinggi kaum wanita akan nampak lebih seksi. Betul atau tidak itu terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Jika kamu berasa sakit kaki atau kadang kala mengalami sakit belakang ada baiknya kamu tilik semula paras ketinggian kasut yang kamu pakai. Mungkin dari situlah puncanya kesakitan itu.

Membiasakan diri dengan kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kaki mudah terseliuh, mengalami sakit sendi, sakit tulang belakang dan sakit di bahagian lutut. Pemilihan kasut tumit tinggi seharusnya dibuat dengan tidak melebihi 4 cm. Jika lebih daripada itu risiko kamu untuk mendapat kecederaan amat mudah.

Selain itu, saiz kasut juga memainkan peranan penting. Jika kaki kamu lebar janganlah pula membeli kasut yang runcing dan tajam dan pasti akan menyakitkan seluruh kaki kamu kerana terpaksa berjalan dengan jari-jari yang terkepit. Ingat jangan seksa diri kamu lagi.

Disamping itu, kasut tumit tinggi juga mampu memberi kesan terhadap organ dalaman dan kesuburan seseorang wanita. Jika kamu hargai kesihatan kamu, selepas ini janganlah cenderung memilih kasut-kasut yang boleh membahayakan kesihatan.

Berikut adalah risiko memakai kasut bertumit tinggi :

1. Jejaskan peluang untuk mendapatkan anak.

2. Punca rambut gugur.

3. Kasut tumit tinggi berukuran 12.7 cm boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita.

4. Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan bahu menjadi sakit.

5. Menyebabkan pening dan kitaran haid tidak teratur.

Tips Pemilihan kasut :

1. Pastikan saiz kaki kamu, kerana kaki akan menjadi panjang dan lebar seiring usia.

2. Bandingkan kelebaran kasut dengan kaki. Elak kasut yang boleh menyesakkan kaki kamu.

3. Cuba kedua-dua belah kasut ketika membeli.

4. Ketahui material kasut tersebut.

5. Kasut yang selesa ialah kasut cermat dan kemas dibuat, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung dengan stabil.

6. Jangan beli kasut kerana jenama dan harga, sebaliknya pentingkanlah keselesaan.

Sekian saja tips daripada saya harap boleh di jadikan panduan untuk kamu semua apabila membeli kasut baru nanti.

Asal Usul Puak Syiah

SYIAH

Syiah atau Shi'a (شيعى) merujuk kepada satu aliran dalam Islam yang mengutamakan Ali bin Abi Thalib dan keturunannya kerana mendakwa Ahlul Bait yang disebut dalam Surah 33 Ayat 33 al-Quran, merujuk kepada Ali, Fatimah, Hasan dan Hussein. Golongan ini berpendapat Ali sepatutnya menjadi pemimpin pertama umat Islam (Amirul Mo'mineen) selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. kerana Nabi s.a.w. sendiri mewasiatkan Ali sebagai Mawla selepas baginda (Ghadir Khum)). Perbalahan pendapat mengenai kepimpinan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. memecahkan umat Islam kepada dua golongan utama yaitu golongan majoriti Sunni yang tidak mengutamakan Ali dan golongan yang kedua terbesar dalam Islam, Syiah.

Syiah Islam, seperti Sunni Islam, kadang kala berpecah kepada cabang-cabang yang lebih kecil. Hanya 3 cabang yang kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Duabelas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية iṯnāʿaÅ¡ariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang lebih kecil termasuklah Ismailiyyah, Zaidiyyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Druze juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syaih lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimid. Dua puluh peratus dari penduduk Turki adalah mengikut tarikat Alavi sementara Lubnan dan Siria pula mempunyai bilangan besar golongan Druze dan Alawi.

Pergerakkan Hizbollah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Duabelas.

Mengikut pandangan Syiah

Pengertian syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAW lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAW bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW.

Yang dimaksudkan oleh kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah yang selain daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Golongan Ghulat juga ditolak oleh ulama-ulama Syiah Imamiyyah sendiri.

Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah, pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam.

Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah

Aqidah

5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Muslim Syiah:

* Tawhid - Bahwa Allah itu Satu
* Nubuwwah - Bahwa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk mengajar and membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.
* Qiyamah - Bahwa Allah s.w.a. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat
* Adalah - Bahwa Allah s.w.a. itu Adil
* Imammah - Bahwa Allah s.w.a melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yaini sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam dan juga Rasul. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul maupun seorang Nabi tetapi Imam.

Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu